Thursday, 1 March 2012

updated!

"Agak serabut jugaklah sebenarnya."

Asap berkepul-kepul keluar daripada mug kegemarannya itu.

"Apa yang serabut?" Yang sorang lagi tiba lalu meletakkan mug miliknya pula disebelah mug yang sorang lagi tu.

Angkat bahu. "Serious tak tahu. What happened is what is expected. And I'm actually already prepared for this. But somehow, I have this feeling of drowning."

Senyap untuk disebelah sana. Tiada balasan. Senyap keduanya. Mug diangkat. Diteguk sedikit air yang sudah semakin suam.

"You know, sometimes I feel like I'm not a person. I'm more of a... I don't know. It's something else."

"Apa complicated sangat nih? Dah Allah jadikan awak manusia, nak jadi apemendenya lagi?"

Senyap. Cakap sikit nak fire, cakap sikit nak fire.

Wednesday, 22 February 2012

Auckland.

Mug diletakkan di atas meja. Asap yang keluar daripada mug diperhati.

"Kenapa panas sangat?"

Yang sorang lagi berpaling.

"Talking about the weather ke something else?"

Senyap. Berfikir. "Both. I think?"

Senyap lagi. Sunyi. Hanya kadang-kadang berbunyi langsir menghempas tingkap bila ditiup angin yang lalu menerusi tingkat yang dibuka sedikit. Cukup untuk pengudaraan diseluruh rumah.

"What are you wondering about?"

Dia senyum. Mug disua ke mulut.

"Why am I here?"

Mug diletakkan semula di atas meja. Senyum lagi. Di dalam hati bertasbih tanda syukur. Subhanallah Alhamdulillah Wa la ila haillahallah.

Saturday, 4 February 2012

Psh.

"Psh. That only happened in movies, novels and fantasies." Laptop ditolak perlahan.

Pandangan dikalih ke belakang. Memandang orang yang selalu menemaninya tu.

"Apa yang only happened in movies, novels and fantasies?"

Dia tergamam. "Did I just say that out loud?"

"Yeap. You did."

"Er..." Sengih bersalah diukir.

"Ha! Awak tengah buat apa tu?!"

Adoi. Kantoi lagi!

Wednesday, 1 February 2012

Ini entri depressi.

TanpaMu kasih, daku derita, lemas dalam sengsara.

Pandangan dikalih. Satu hembusan nafas dilepaskan. Lebih tepat lagi, mengeluh. Ahh, bukankah sudah ditegur berkali, mengeluh itu tak bagus. TAK BAGUS! Dia hembuskan lagi nafas kedua. Degil sungguh.

TanpaMu kasih, ku tak berdaya, hilang punca dan arah.

Perasaan hilang itu tiba lagi. Sungguh, sebenarnya dia masih belum kuat. Mehnah dunia yang dia hadapi bukan calang-calang. Menjadi normal (baca: seperti masa lalu) bukanlah pilihan kerelaan hatinya. Tapi, somehow, that's what her actions show lately. Terlalu mengikut nafsu dan hasutan syaitan. Tindak tanduk manusia yang dikuasai nafsu. Cukup memalukan! Bagi seorang yang mengaku memperjuangkan agama seperti dia. CUKUP MEMALUKAN!

Paling memalukan, bila permohonan taubat dan ampunan itu sering hanya menjadi niat dihati, bukan tindak aksi. Apa ini namanya pejuang agama?! Dia menutup mata. Marah sungguh kepada diri sendiri. Rapat mata dipejam.

Paling dia takut, kata-kata yang dibacanya tadi di sini menjadi realiti. Ah, atau sudah terjadi? Astaghfirullah. Kata-kata itu, cukup terngiang di minda, "Saya takut, disebabkan akhlaq saya yang tidak berapa sempurna, orang lain tak nampak di mana islam itu."

Bimbang. Ya. Dia bimbang. Resah. Ya. Dia resah.

Dimana Allah itu di dalam dirinya? Yang melaungkan bahawa Allah tujuan dia. Tapi aksi tidak seperti laungan.

Dimana sunnah itu pada dirinya? Yang melaungkan Rasul panduan dia. Tapi tak terjelas langsung dimana hidupnya sunnah itu.

Cukup memalukan! Sungguh memalukan!

Saya tahu ini entri depressing. Sebab saya depress. Semoga Allah percepatkan masa saya untuk ke 'sana'. Supaya diri hambaMu yang hina ini diberi koreksi. Tunjukkanlah jalanMu ya Allah. HambaMu ini tidak mampu lagi untuk terus hidup begini. Seksa sungguh. Sobs!